Our website is made possible by displaying non-intrusive online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling or pausing your ad blocker.
Saya tarik balik status "potential stock" bagi saham ini khusus buat yg muslim kerana walaupun syarikat ini berstatus patuh shariah NAMUN salah satu produk mereka adalah menjual supplemen untuk penternakan BABI. Hukumnya adalah haram membantu kepada perkara yang haram. Harap maklum.
Buat trader muslim, sekiranya telah terbeli sila jual pada harga beli. Sekiranya pada posisi untung, terus jual dan buat "pembersihan" seperti cara yg sama bg saham yg bertukar status shariah kepada tidak shariah. Sekian.
Assalamualaikum tuan. Menggunakan logik yang sama, kalau kita bagi makan pada anjing, adakah tu dikira haram? Sedangkan ada hadith tentang bagaimana seorang pelacur yang masuk syurga dengan memberi minum kepada anjing? Kita ada jawatankuasa yang tentukan sesebuah saham tu syariah atau tidak dan saham ni ialah syariah compliant. Sekiranya ia tidak syariah compliant, ia bukan ke atas kita, tetapi jawatankuasa yang menetapkannya. Wallahualam
Salam tuan hadi. Konsep yg berbeza utk Sunzen dgn contoh yg tuan berikan. Anjing yg diberikan makan itu tiada masalah. Supplemen babi itu diberikan bagi tujuan penternakan. Adakah penternakan tu tujuan akhirnya babi tersebut akan dibebaskan ke hutan? Pastinya tidak. Ianya adalah untuk tujuan komersial makanan haram. Harap tuan jelas. Atas keputusan masing² kalau mahu teruskan pegangan atau buat belian baru. Peace no war. Semoga bermanfaat.
ikut fatwa mufti je la bro,buat apa nak pening2 kepala.kita yang cetek ilmu ni susah nak bagi pendapat halal or haram sebab ilmu tak cukup..mereka lebih tahu apa yg mereka katakan.sbb mereka sanggup masuk api neraka kalau tersilap bg fakwa kekeke.
Melayu bodoh je yg sibuk pasal syariah tak syariah, halal tak halal. Yang penting dpt untung je. Xyahlah berjiwa suci sgt ni. Duit cina niaga babi bank islam pun terima juga?