Our website is made possible by displaying non-intrusive online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling or pausing your ad blocker.
PUTRAJAYA: Keyakinan dan kuasa beli pengguna di Malaysia kekal berada pada tahap yang kukuh, didorong oleh peningkatan berterusan dalam perbelanjaan runcit yang mencatatkan pertumbuhan 4.9 peratus tahun ke tahun pada Mei 2025.
Menurut data terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), nilai jualan bagi subsektor perdagangan runcit mencecah RM67.1 bilion, iaitu peningkatan sebanyak RM3.1 bilion berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.