Jom Cha by Farm Fresh sasar buka 300 cawangan dalam tiga tahun

HarianMetro Fri, Feb 17, 2023 07:01am - 1 year View Original


Putrajaya: Farm Fresh Bhd menerusi perniagaan kios minuman dikenali Jom Cha by Farm Fresh menyasarkan untuk membuka 300 cawangan di seluruh negara dalam masa tiga tahun akan datang.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh, Azmi Zainal berkata, dengan populariti Jom Cha by Farm Fresh yang semakin meningkat, kumpulan itu menyasarkan membuka 100 cawangan sepanjang tahun ini.

"Ketika ini, kami memiliki 25 cawangan Jom Cha by Farm Fresh di beberapa lokasi dan jumlah ini akan terus meningkat selaras perkembangan positif pasaran susu segar di Malaysia.

"Untuk tahun ini, sasaran jualan untuk produk Jom Cha by Farm Fresh adalah sekitar RM10 juta," katanya kepada media selepas pelancaran kios terkini Jom Cha by Farm Fresh di IOI City Mall Putrajaya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh Jomcha Sdn Bhd, Eddie Lim.

Jom Cha by Farm Fresh membuka cawangan pertamanya pada Ogos tahun lalu di 1 Utama, Petaling Jaya.

Setakat ini, jenama itu berkembang ke-25 cawangan seluruh negara dan boleh didapati di kebanyakan pasaraya besar seperti IOI City Mall dan Genting Highlands Premium Outlets.

Jom Cha by Farm Fresh menawarkan rangkaian perisa tersendiri yang menarik bermula dengan hanya RM5.80.

Sepanjang operasi jenama itu, antara menu yang menjadi kegemaran ramai adalah Farm Fresh Milk with Brown Sugar Boba, Belgian Milk Chocolate dan Strawberry Kurma Yogurt.

"Fokus kami adalah untuk menawarkan perisa yang enak menggunakan bahan berkualiti tinggi, sambil mengekalkan harga yang berpatutan," katanya.

Beliau berkata, kelahiran Jom Cha by Farm Fresh bermula kerana syarikat tenusu itu ingin mewujudkan pendapatan tambahan untuk Home Dealer.

"Kami percaya dengan kualiti tenusu kami, apatah lagi apabila kami sedar sudah banyak jenama minuman di luar sana yang sudah pun menggunakan susu kami.

"Peluang ini ingin kami gunakan untuk terus berkembang dengan mencampurkan susu segar kami dengan boba.

"Jom Cha kini fokus untuk melebarkan sayap melalui program pembukaan lebih banyak cawangan akan datang dan kami sangat teruja untuk merealisasikannya," katanya.

Menawarkan 19 jenis minuman di bawah enam kategori berbeza yang kebanyakannya diperbuat dengan susu dan yogurt Farm Fresh, Jom Cha baru-baru ini memperkenalkan menu baharu iaitu Natural Yogurt Mixberries Soft Serve, yang diperbuat dari yogurt Farm Fresh yang kaya dengan probiotik.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

FFB 1.830
GENTING 3.640

Comments

Muhammad Adham Mohd Jonit
Like · Reply
tambah menu coffee mesti lagi laku keras.. mcm tealive buat

Login to comment.