Kerajaan sedang cari penyelesaian tangani isu inflasi kos perubatan dan caj hospital swasta

HarianMetro Wed, Mar 19, 2025 12:08pm - Yesterday View Original


Kuala Lumpur: Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) sedang bekerjasama dengan syarikat insurans dan pengendali takaful untuk mencari penyelesaian jangka panjang adil dan berkesan dalam mereformasi sistem kesihatan secara menyeluruh.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata keutamaan akan diberikan kepada membawa pembaharuan dalam sistem kesihatan untuk menangani isu inflasi kos perubatan dan caj di hospital swasta yang memberi kesan kepada kadar premium insurans.

"Ini termasuk meningkatkan ketelusan kos ubat-ubatan dan caj rawatan supaya pengguna mendapat maklumat lebih jelas.

"Kita (kerajaan) juga telah merangka tindakan bersepadu dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Wang Kira-Kira Negara (PAC) bulan lepas bagi meneroka langkah-langkah lain untuk membendung kos inflasi kos perubatan ini," katanya dalam pertanyaan lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh mengenai langkah kerajaan untuk mengurangkan kos premium insurans.

Selain itu, kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil beberapa langkah interim bagi mengekang impak kenaikan premium pelan Insurans Perubatan dan Kesihatan/Takaful (MHIT), katanya.

Lim berkata kerajaan memahami bahawa langkah interim hanya bersifat sementara dan isu pokok permasalahan berkenaan masih terletak pada peningkatan inflasi kos perubatan.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Comments

Sara Sara
Like · Reply
billion masuk

Login to comment.