ROBERT KUOK KEKALPALING KAYA

HarianMetro Sat, Apr 05, 2025 07:01am - 2 weeks View Original


Kuala

Lumpur: Tahun 2025 menyaksikan seramai 19 rakyat Malaysia tersenarai dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes, dengan jumlah kekayaan terkumpul sebanyak AS$57.3 bilion.

Tokoh korporat utama seperti Robert Kuok, Tan Sri Quek Leng Chan dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary terus mendominasi carta, mewakili pelbagai industri utama dari logistik, hartanah hingga peruncitan moden.

Menurut majalah perniagaan terkemuka itu, Robert Kuok, 101, mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan AS$12.1 bilion.

Tokoh perniagaan ini memiliki empayar dari minyak sawit, gula hingga perhotelan, termasuk kepentingan dalam kumpulan Shangri-La dan Wilmar.

Manakala Syed Mokhtar, hartawan berprofil rendah namun berpengaruh besar, kekal dalam kelompok 10 individu terkaya Malaysia dengan nilai kekayaan AS$2.2 bilion.

Syed Mokhtar terkenal sebagai tokoh korporat Melayu yang memiliki rangkaian perniagaan dari pelabuhan, logistik, automotif, pembinaan, hingga kepada pendidikan melalui Yayasan Albukhary.

Selain itu, antara kejutan utama tahun ini ialah kemunculan Lee Thiam Wah, pengasas 99 Speed Mart, yang kini menjadi individu keempat terkaya Malaysia dengan nilai AS$3.7 bilion, selepas syarikatnya disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2024.

Anak-anak kepada mendiang Tan Sri Teh Hong Piow daripada Public Bank juga masing-masing tersenarai dengan nilai kekayaan AS$1.6 bilion.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.840
PBBANK 4.390

Comments

edvan Lee
Like · Reply
subject letak Robert Kuok kekal no1 paling kaya,tapi leta photo Syed Makhtar.

Login to comment.