Nvidia syarikat pertama dunia capai nilai pasaran AS$4 trilion

BeritaHarian Thu, Jul 10, 2025 10:53pm - 6 days View Original


Nvidia meraih keuntungan besar daripada permintaan yang semakin meningkat terhadap perkakasan dan cip AI sejak pelancaran ChatGPT pada akhir 2022 - Foto Reuters
Nvidia meraih keuntungan besar daripada permintaan yang semakin meningkat terhadap perkakasan dan cip AI sejak pelancaran ChatGPT pada akhir 2022 - Foto Reuters

SAN FRANCISCO: Nvidia menjadi syarikat pertama yang mencapai nilai pasaran sebanyak AS$4 trilion, apabila sahamnya melonjak lebih dua peratus dalam dagangan pagi semalam, lapor Xinhua.

Nvidia kini merupakan syarikat senaraian awam paling bernilai di dunia, mengatasi Microsoft dan Apple, yang kedua-duanya pernah mencapai nilai AS$3 trilion sebelum ini.

Ditubuhkan pada tahun 1993, syarikat yang berpangkalan di California ini pertama kali melepasi paras AS$2 trilion pada Februari 2024 dan mengatasi AS$3 trilion pada Jun.

Saham Nvidia telah meningkat lebih 15 peratus sepanjang bulan lalu dan 22 peratus sejak awal tahun ini.

Nvidia meraih keuntungan besar daripada permintaan yang semakin meningkat terhadap perkakasan dan cip kecerdasan buatan (AI) sejak pelancaran ChatGPT pada akhir 2022.

Syarikat itu telah meletakkan dirinya sebagai peneraju utama dalam penghasilan unit pemproses grafik yang menggerakkan model bahasa besar, menurut laporan CNBC.

-BERNAMA-XINHUA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Comments

Login to comment.