Hengyuan raih modal hingga RM300 juta melalui terbitan hak

BeritaHarian Thu, Sep 04, 2025 08:29pm - 4 days View Original


Ketua Pegawai Kewangan Hengyuan, Yeo Bee Hwan
Ketua Pegawai Kewangan Hengyuan, Yeo Bee Hwan

KUALA LUMPUR: Hengyuan Refining Company Bhd (Hengyuan) menyasar mengumpul sehingga RM300 juta melalui cadangan terbitan hak melibatkan sehingga 300 juta saham biasa baharu berserta 150 juta waran percuma.

Langkah itu mendapat sokongan padu pemegang saham utamanya, Malaysia Hengyuan International Ltd (MHIL), yang memiliki 51.02 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan dan komited melabur tidak kurang daripada RM155 juta. Komitmen ini memastikan Hengyuan mencapai kutipan dana minimum walaupun dalam keadaan pasaran mencabar.

Sebahagian besar hasil terbitan hak itu akan digunakan untuk pembelian tambahan minyak mentah, bahan utama penapisan bagi menghasilkan produk petroleum. Usaha ini dijangka meningkatkan kecekapan operasi, menurunkan kos seunit dan memperkukuh daya saing syarikat dalam pasaran.

Bagi tahun kewangan 2024, Hengyuan merekodkan hasil RM17.2 bilion, meningkat 12 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pertumbuhan itu dipacu oleh permintaan tinggi terhadap produk ditapis, dengan kira-kira 90 peratus daripadanya dipasarkan dalam negara, manakala selebihnya dieksport ke Asia Tenggara.

Syarikat kekal sebagai pembekal utama produk Shell di Semenanjung Malaysia dan pada masa sama memperluas portfolio pelanggan kepada Petronas, Petron dan Five.

Ketua Pegawai Kewangan Hengyuan, Yeo Bee Hwan, berkata syarikat telah melabur lebih RM2.2 bilion dalam tempoh lima tahun lalu untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran, termasuk memperkenalkan produk bernilai tinggi seperti bahan api penerbangan mampan dan gasoil Euro 5.

"Cadangan terbitan hak ini akan memberi modal kerja tambahan untuk memperoleh bahan mentah, meningkatkan kecekapan operasi dan memperkukuh kedudukan kewangan syarikat," katanya.

Beliau berkata dengan sokongan MHIL serta pelaksanaan inisiatif strategik, Hengyuan optimis untuk kembali mencatat keuntungan menjelang 2026.

"Sekiranya sasaran keuntungan dicapai, Lembaga Pengarah juga akan mempertimbangkan untuk menyambung semula pembayaran dividen seperti dinyatakan dalam laporan tahunan 2024," katanya.

Langkah pembiayaan itu dijangka membuka ruang lebih luas kepada Hengyuan bagi mengekalkan kedudukan sebagai pemain utama industri penapisan minyak negara dan seterusnya meningkatkan daya tahan perniagaan dalam jangka panjang.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

HENGYUAN 1.170

Comments

John Wong
Like · Reply
Useless management. Every Q, Every Y making lose. Now want the investor to come out money for them again. ChinaMan company - making money, they are the first to take the money, if making lose, ask all the investors to tanggung.
Show more

Login to comment.