Dagangan saham Solarvest akan digantung Isnin ini

BeritaHarian Sat, Sep 20, 2025 10:41am - 2 weeks View Original


Solarvest Holdings Bhd
Solarvest Holdings Bhd

KUALA LUMPUR: Dagangan saham Solarvest Holdings Bhd akan digantung bermula 9 pagi, 22 September ini (Isnin), sementara menunggu pengumuman syarikat itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata dagangan waran berstruktur yang berkaitan dengan Solarvest turut digantung pada masa yang sama.

Pada penutup dagangan semalam, kaunter Solarvest ditutup satu sen lebih tinggi kepada RM2.72 sesaham, dengan sebanyak 1.22 juta unit bertukar tangan.

Solarvest merupakan penyedia penyelesaian solar bersepadu bagi sektor kediaman, komersial, perindustrian, ladang solar berskala besar serta projek kerajaan.

Syarikat itu juga mengedar produk solar dan produk cekap tenaga kepada syarikat di seluruh Asia Pasifik.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.210
SLVEST 2.940
SLVEST-WA 1.910

Comments

Yike
Like · Reply
solar good but slowly degrade
马超海
pokai yike also good ,good to talk sh1t
Like · 1 week · translate

Login to comment.