SCIB jual anak syarikat pembuatan kepada YTL Cement Sarawak dengan harga RM113 juta

BeritaHarian Tue, Nov 18, 2025 11:09pm - 1 week View Original


Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB)
Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB)

KUALA LUMPUR: Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) mengumumkan unit milik penuhnya SCIB Holdings Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan YTL Cement (Sarawak) Sdn Bhd untuk cadangan pelupusan 100 peratus pegangannya dalam SCIB Concrete Manufacturing Sdn Bhd (SCM) dengan harga RM113 juta.

YTL Cement Sarawak merupakan anak syarikat tidak langsung YTL Corporation Bhd.

-Advertisement-

SCIB berkata dalam satu kenyataan hari ini, pelupusan yang dicadangkan itu melibatkan 18.58 juta saham biasa dalam SCM.

"Saham jualan akan dipindahkan bebas daripada bebanan dan berserta semua hak dan kelebihan yang berkaitan dengannya pada tarikh penyelesaian urus niaga.

"Cadangan pelupusan tertakluk kepada kelulusan pemegang saham syarikat pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang akan diadakan pada masa yang ditetapkan," katanya.

SCIB berkata, cadangan penjualan itu akan membolehkan syarikat berkenaan memperkemas operasi dan mempertajam tumpuannya pada segmen pembinaan serta kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC).

Ia menambah, pertimbangan pelupusan tersebut mewakili premium sebanyak 14.77 peratus kepada aset bersih SCM yang belum diaudit terkini sebanyak RM98.46 juta setakat 30 Jun 2025 dan premium sebanyak 26.91 peratus kepada aset bersih yang diaudit sebanyak RM89.04 juta setakat 30 Jun 2024.

"Cadangan pelupusan itu dianggarkan menjana keuntungan sebanyak RM11.29 juta yang dijangka mengukuhkan aset bersih dan pendapatan syarikat dalam jangka masa terdekat," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif SCIB, Datuk Chong Loong Men, berkata inisiatif strategik ini menandakan satu peristiwa penting dalam perubahan jangka panjang syarikat.

"Penjualan bahagian pembuatan kami membuka nilai yang ketara untuk syarikat dan akan meletakkan SCIB dalam kedudukan kewangan yang lebih kukuh dengan baki tunai bersih dan kadar hutang yang lebih rendah.

"Dengan peningkatan fleksibiliti kewangan, kami akan dapat mempertajamkan tumpuan kami untuk meningkatkan perniagaan pembinaan serta EPCC kami dan meneruskan projek berkualiti tinggi yang memberikan penciptaan nilai yang lebih besar untuk pihak berkepentingan kami," katanya.

Melangkah ke hadapan, syarikat itu berkata ia akan menyalurkan hasil tersebut terutamanya untuk membiayai projek pembinaan dan EPCC yang sedang berjalan serta akan datang dengan menyokong keperluan modal kerja selain memperkukuh kapasiti operasi syarikat.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

SCIB 0.165

Comments

Login to comment.